Penawar Cinta
CINTA YANG SEBENAR
Jadikanlah diri anda sebagai kekasih Allah, kerana ia akan mendatangkan ketenangan. Orang yang paling bahagia ialah orang yang menjadikan kemuncak dan matlamat utamanya adalah mencintai Allah.
Alangkah bermaknanya firman Allah ini:
"Dia mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya."
(Surah Al-Maidah: 54)
(Surah Al-Maidah: 54)
Ramai ulama tafsir berkata: "Tidak ada yang menghairankan dalam '...mereka mencintai-Nya...' tetapi yang menghairankan adalah: 'Dia mencintai mereka...' Allah yang menjadikan, memberi rezeki, melindungi dan memberi anugerah-Nya kepada mereka, tetapi Allah juga mencintai mereka."
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu."
(Surah Ali Imran: 31)Mari kita perhatikan kehormatan Ali bin Talib, yang merupakan mahkota yang bersemayam di atas kepalanya: Seorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya.
Ada seorang sahabat Baginda Rasul yang sangat senang membaca: 'Qul huwallahu Ahad.' Bacaan itu selalu diulang-ulangnya dalam setiap rakaat, selalu dibaca dalam zikirnya, selalu diucapkannya, selalu diingat untuk menyegarkan hatinya dan untuk menggerakkan anggota tubuhnya.
Baginda Rasul bersabda: "Kecintaanmu pada-Nya akan membuatmu masuk syurga."
Alangkah indahnya dua rangkap puisi yang pernah saya baca dahulu. dalam riwayat hidup seorang ulama:
Jika cinta yang mabuk cinta kepada Laila dan Salma
sudah merampas hati dan fikiran
Lalu apa yang dilakukan oleh orang yang mabuk cinta
yang di dalamnya mengalir rasa cinta, kepada Yang Maha Tinggi?
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: 'Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangi-Nya'. Katakanlah (wahai Muhammad): '(Kalau betul demikian) maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu'?"
(Surah Al-Maidah: 18)
Cerita cinta Majnun terhadap Laila yang sangat terkenal itu, menunjukkan bahawa Majnun akhirnya dibunuh oleh cintanya sendiri kepada Laila; Qarun dibunuh cintanya kepada harta benda; Fir'aun dibunuh cintanya kepada kedudukan; tetapi Hamzah, Jaafar dan Hanzhalah mati kerana cinta mereka kepada Allah dan Rasul-Nya.
Alangkah jauh jarak yang memisahkan antara kedua-duanya, Majnun, Qarun dan Fir'aun di satu pihak; Hamzah, Jaafar dan Hanzhalah di pihak yang lain.
"Maka sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kemudahan. Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kemudahan."
(Surah Asy-Syarh: 5-6)
"Dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka."
(Surah Al-A'raf: 157)
Hayatilah...
*CINTA PADA ILAHI*
0 comments:
Post a Comment